Ironman - Help Select
BLOG INI TELAH DIKEMASKINI PADA 01 APRIL 2016

..::AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM::..

ASSALAMU'ALAIKUM DAN SELAMAT DATANG KE BLOG DENANG69...SALAM UKHUWWAH DARI SAYA

MUHASABAH DIRI... MUHASABAH... DIRI MUHASABAH DIRI... MANUSIA HANYA MAMPU MERANCANG NAMUN PERANCANGAN ALLAH ADALAH YANG TERBAIK...

Modal RM10 jerrrr

welcome to my blog photo: WELCOME TO MY PAGE 66171vkv7o4rnkq1.gif

Friday 11 March 2016

HOW MAKE A BLOG


CARA BINA BLOG SENDIRI

Cara Buat Blog Sendiri Blogspot

Jika anda belum ada akaun Gmail...sila daftar di pautan ini.

====>>>    

Dah ada akaun Gmail...jom kita teruskan dengan langkah berikutnya untuk buat blog sendiri menerusi Platform Blogspot.Com

  • Pertama sekali anda perlu login ke akaun Blogger.com (klik).
  • Apabila login anda berjaya, anda akan dibawa ke paparan Dashboard.
  • Jika anda tidak mempunyai sebarang blog menerusi akaun Google anda, tiada sebarang senarai blog dikeluarkan. Anda akan membaca paparan seperti di atas di mana keluar "Create your blog now". Kemudian, klik butang New Blog yang terletak di bahagian tepi.
  • Paparan seperti ditunjukkan di bawah akan muncul. Masukkan butiran yang dikehendaki, iaitu tajuk (title) dan URL (alamat http/Address) blog anda. Tips - Buat tajuk blog yang mudah nak ingat, sama juga dengan URL blog. Elakkan tajuk dan URL blog terlalu panjang dan sukar. 
  • Perkara paling penting sewaktu pertama kali anda buat blog sendiri ialah alamat (Address) blog anda. Anda perlu mencari URL atau alamat blog yang mesra pengunjung dan mudah ingat. Sekiranya anda meletakkan url terlalu panjang atau rumit, agak sukarlah orang nak ingat alamat blog anda. Cuba cari alamat blog yang cerminkan diri anda.
  • Bukan semua alamat anda boleh tulis, kadangkala ada alamat sudah pun dimiliki oleh orang lain, jadi anda perlu cari atau buat alamat blog yang lain.
  • Ok. Apabila sudah mendapat URL atau alamat blog sendiri, maka langkah seterusnya ialah memilih template. Untuk awal-awal ini, saya syorkan anda memilih template yang mudah. Ada banyak pilihan template yang telah disediakan oleh blogspot.com sendiri. Pilih mana-mana yang berkenan di hati. Jangan risau, template anda boleh ubah dan pilih yang lain kemudian. Klik Create blog! untuk ke langkah seterusnya.
  • Walla, dah siap blog anda sendiri. Tak susah kan? Paparan menunjukkan anda sudah pun mempunyai blog sendiri. Tak sampai 5 minit pun anda sudah pandai buat blog sendiri dengan jayanya. Langkah seterusnya ialah anda perlu mula menulis isi kandungan blog anda. Hanya klik Start posting untuk mulakan langkah kedua mempunyai blog sendiri.
  • Jika nak lihat rupa blog anda, hanya klik View Blog.

Tips untuk anda hasilkan blog yang bagus - utamakan dahulu isi kandungan. Sebagai permulaan, pastikan anda tulis entri atau post blog anda minima 5 entri. Dah ada 5 entri dengan panjang minima lebih kurang 300 patah perkataan, maka barulah anda godek bab lain dalam bina blog sendiri pula.


IKUTI 3 LANGKAH DI BAWAH !!!


- Cipta atau wujudkan blog sendiri.
- Tulis entri atau post minima 5 entri.
- Pasang Widget blog yang perlu dan penting sahaja.

SEMOGA PERKONGSIAN INI MEMUDAHKAN ANDA UNTUK MEMBINA DAN BUAT BLOG SENDIRI....


SELAMAT MENCUBA !!!






                                              

No comments:

Post a Comment