Ironman - Help Select
BLOG INI TELAH DIKEMASKINI PADA 01 APRIL 2016

..::AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM::..

ASSALAMU'ALAIKUM DAN SELAMAT DATANG KE BLOG DENANG69...SALAM UKHUWWAH DARI SAYA

MUHASABAH DIRI... MUHASABAH... DIRI MUHASABAH DIRI... MANUSIA HANYA MAMPU MERANCANG NAMUN PERANCANGAN ALLAH ADALAH YANG TERBAIK...

Modal RM10 jerrrr

welcome to my blog photo: WELCOME TO MY PAGE 66171vkv7o4rnkq1.gif

Wednesday 16 March 2016

RENUNGAN BERSAMA

REZEKI ALLAH

Rezeki itu bukan pada duit, gaji atau harta saja...

"Setiap manusia rezeki tidak sama, ada yang dapat kerja awal, ada yang dapat jodoh awal, ada yang dapat peluang sambung belajar tinggi, ada yang murah rezeki, sentiasa untung, cukup semua keperluan dan macam lagi yang Allah bagi...tapi jangan sombong, sebab itu semua hanya pinjaman dan pemilik sebenar adalah Allah SWT..ingat, kesenangan juga adalah suatu dugaan..."

Sihat itu rezeki 
Hidup bahagia itu rezeki
Berkeluarga itu rezeki 
Banyak masa lapang itu rezeki 
Disayangi orang itu rezeki
Tak putus duit itu rezeki 
Tiada beban hutang itu rezeki
Tiada musibah itu rezeki

Beruntungnya kita...ada ramai lagi insan yang tidak mendapat rezeki seperti apa yang kita dapat.

Ingat saudaraku...yang selalu kata TAK CUKUP itu ialah NAFSU...yang selalu redha dan kata CUKUP itu ialah IMAN .

Bersyukurlah...!!
Subhanallah...!!

Semoga dirahmati Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan...


HORMAT MENGHORMATI SESAMA MAKHLUK ALLAH

Janganlah menghina pada orang sapu sampah...kerana dia juga hamba ALLAH yang mencari rezeki yang halal....kadang-kadang orang yang bekerja menyapu sampah lebih mulia dari orang yang menghinanya.

Tetapi masih ramai dikalangan manusia akhir zaman ini yang suka dan mudah menghina orang lain...

semoga dengan renungan sejenak ini membuatkan kita lebih menghormati sesama makhluk Allah.

ALLAH MAHA MENGETAHUI

Yang Terbaik Adalah Pilihan Allah Untukmu

Sesungguhnya Allah lebih mengetahui kemaslahatan yang terbaik bagi seorang hamba daripada hamba itu sendiri. Karena Dialah yang mencipta sang hamba, dan Pencipta lebih faham tentang ciptaannya.

Kita boleh berencana... Boleh bercita-cita, tapi... Yakinlah... Jika kita telah berusaha dan berdoa maka keputusan Allah itulah yang terbaik bagi kita, meskipun terkadang menurut kasat mata kita itu adalah buruk bagi kita.

Seorang ulama salaf berkata,Aku heran dengan seseorang yang tidak redha dengan pilihan Allah untuknya? Dia yang lebih mengetahui kemaslahatan dirinya ataukah Penciptanya??

Friday 11 March 2016

HOW MAKE A BLOG


CARA BINA BLOG SENDIRI

Cara Buat Blog Sendiri Blogspot

Jika anda belum ada akaun Gmail...sila daftar di pautan ini.

====>>>    

Dah ada akaun Gmail...jom kita teruskan dengan langkah berikutnya untuk buat blog sendiri menerusi Platform Blogspot.Com

  • Pertama sekali anda perlu login ke akaun Blogger.com (klik).
  • Apabila login anda berjaya, anda akan dibawa ke paparan Dashboard.
  • Jika anda tidak mempunyai sebarang blog menerusi akaun Google anda, tiada sebarang senarai blog dikeluarkan. Anda akan membaca paparan seperti di atas di mana keluar "Create your blog now". Kemudian, klik butang New Blog yang terletak di bahagian tepi.
  • Paparan seperti ditunjukkan di bawah akan muncul. Masukkan butiran yang dikehendaki, iaitu tajuk (title) dan URL (alamat http/Address) blog anda. Tips - Buat tajuk blog yang mudah nak ingat, sama juga dengan URL blog. Elakkan tajuk dan URL blog terlalu panjang dan sukar. 
  • Perkara paling penting sewaktu pertama kali anda buat blog sendiri ialah alamat (Address) blog anda. Anda perlu mencari URL atau alamat blog yang mesra pengunjung dan mudah ingat. Sekiranya anda meletakkan url terlalu panjang atau rumit, agak sukarlah orang nak ingat alamat blog anda. Cuba cari alamat blog yang cerminkan diri anda.
  • Bukan semua alamat anda boleh tulis, kadangkala ada alamat sudah pun dimiliki oleh orang lain, jadi anda perlu cari atau buat alamat blog yang lain.
  • Ok. Apabila sudah mendapat URL atau alamat blog sendiri, maka langkah seterusnya ialah memilih template. Untuk awal-awal ini, saya syorkan anda memilih template yang mudah. Ada banyak pilihan template yang telah disediakan oleh blogspot.com sendiri. Pilih mana-mana yang berkenan di hati. Jangan risau, template anda boleh ubah dan pilih yang lain kemudian. Klik Create blog! untuk ke langkah seterusnya.
  • Walla, dah siap blog anda sendiri. Tak susah kan? Paparan menunjukkan anda sudah pun mempunyai blog sendiri. Tak sampai 5 minit pun anda sudah pandai buat blog sendiri dengan jayanya. Langkah seterusnya ialah anda perlu mula menulis isi kandungan blog anda. Hanya klik Start posting untuk mulakan langkah kedua mempunyai blog sendiri.
  • Jika nak lihat rupa blog anda, hanya klik View Blog.

Tips untuk anda hasilkan blog yang bagus - utamakan dahulu isi kandungan. Sebagai permulaan, pastikan anda tulis entri atau post blog anda minima 5 entri. Dah ada 5 entri dengan panjang minima lebih kurang 300 patah perkataan, maka barulah anda godek bab lain dalam bina blog sendiri pula.


IKUTI 3 LANGKAH DI BAWAH !!!


- Cipta atau wujudkan blog sendiri.
- Tulis entri atau post minima 5 entri.
- Pasang Widget blog yang perlu dan penting sahaja.

SEMOGA PERKONGSIAN INI MEMUDAHKAN ANDA UNTUK MEMBINA DAN BUAT BLOG SENDIRI....


SELAMAT MENCUBA !!!






                                              

ANIMATION

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...


Di sini saya kongsikan beberapa link untuk membantu anda mendapatkan pelbagai animation...

Semoga memberikan manfaat bersama...

Selamat Mencuba..!!



Klik je link di bawah ini :



http://islamic-animation.blogspot.my/

http://www.gifanimations.com/

http://animated-pictures.net/

http://www.bestanimations.com/

http://www.gifs.net/gif/

ME...MYSELF AND 1


Assalamualaikum WM WBT...

Salam Ukhuwwah...

Salam Perkenalan...






HIMPUNAN TAZKIRAH

RENUNGAN BERSAMA 




10 Sifat Wanita Yang Mendatangkan Rezeki Bagi Suami.

Banyak suami yang mungkin tidak tahu bahawa rezekinya dengan izin Allah mengalir lancar atas peranan isteri. Memang tidak dapat dilihat dengan kasar mata, namun biasa djjelaskan secara spiritual bahawa 10 sifat isteri ini MEMBANTU mendatangkan rezeki bagi suaminya.

1. Isteri yang pandai Bersyukur.
2. Isteri yang Tawakal kepada Allah.
3. Isteri yang Baik Agamanya.
4. Isteri yang banyak Beristighfar
5. Isteri yang gemar Silaturahim.
6. Isteri yang suka Bersedekah.
7. Isteri yang Bertaqwa.
8. Isteri yang selalu Mendoakan Suaminya.
9. Isteri yang gemar Solat Dhuha.
10. Isteri yang Taat dan Melayani suaminya.

Apa hubungannya dengan Rezeki? Ketika seorang isteri Taat kepada suaminya, maka hati suaminya pun tenang dan damai. Ketika hatinya damai, ia biasa berfikir lebih jernih dan kreatifnya muncul. Semangat kerjanya pun menggebu. Ibadah juga lebih tenang. InsyaAllah rezekinya pun lebih lancar....

Walahuallam.

========================================

Abu Bakar As Siddiq Radiallahu 'Anhu berkata: Rasululla Sallallahu 'Slaihi Wasallam bersabda:
Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda daripada tanda-tanda Allah. Ia tidak gerhana kerana kematian seseorang. Tetapi Allah mahu menimbulkan rasa takut pada hamba-hambaNya...

[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Kusuf, hadis no: 1048]

========================================


Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan dan kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain. 

========================================

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

========================================

Orang yang menunjukkan kebaikan pada anda itu adalah sahabat yg baik, dan orang yang menunjukkan kesalahan pada anda itu adalah sahabat yang lebih baik.

========================================

Apabila menerima teguran, usah terus melenting, bersyukurlah, masih ada yang mahu menegur kesilapan kita.

========================================

Wuduk dan Solat Lima Waktu Menjadi Penghapus Dosa

Utsman berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah seorang muslim berwuduk lalu menyempurnakan wuduknya sebagimana Allah telah mewajibkan kepadanya, lalu melakukan solat lima waktu melainkan itu menjadi penebus dosa antara keduanya." (HR Muslim No: 338)

Pengajaran:

1.  Solat adalah kewajipan setiap Muslim yang mukallaf.

2. Wuduk yang sempurna menjadi pra syarat kesempurnaan solat.

3.  Orang yang mengambil  wuduk dengan sempurna (memastikan semua anggota wuduk diratakan air mutlak) kemudian melaksanakan solat lima waktu,  ia akan menjadi penghapus dosanya (selain dosa besar) yang dilakukan antara dua solat waktu.

Mari kita sempurnakan wuduk dan laksanakan solat fardhu, moga menjadi penghapus dosa-dosa yang lalu..

========================================

Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda :

"Barangsiapa yang mendatangi tempat tidurnya dan ia berniat untuk bangun sholat malam, lalu ia tertidur hingga subuh, maka dicatat baginya apa yang ia niatkan, dan ketidurannya adalah sedekah dari Robnya untuknya" 
(HR Ibnu Majah, dishahihkan oleh Al-Albani)

========================================